MEDAN, KabarMedan.com | Tourism Malaysia Medan kembali hadir dengan Webinarnya yang penuh dengan semangat, kali ini berkolaborasi dengan Tourism Selangor dalam “Rindu Malaysia Webinar Searies #4: The Uniqueness of Selangor”.
Program ini merupakan bukti fokus Tourism Malaysia Medan dalam mempromosikan destinasi negeri jiran bagi pasaran Sumatera di masa pandemi Covid-19 yang masih berlangsung hingga saat ini.
“Sesi Rindu Malaysia – The Uniqueness of Selangor” yang diadakan melalui aplikasi ‘Zoom’ tersebut adalah seiring dengan norma baru serta merupkan inisiatif yang efektif dalam menghubungkan penggiat wisata dua negara.
Sesi Webinar tersebut turut menjadi bukti dedikasi dan fokus Tourism Malaysia Medan, khususnya Tourism Selangor dalam meneruskan usaha promosi wisata antarabangsa bagi pasaran Asia Tenggara, khususnya Republik Indonesia walaupun sempadan Negara belum dibuka untuk tujuan penerbangan komersil.
Sesi webinar tersebut melibatkan seramai 160 orang peserta, terdiri dari penggiat wisata dari seluruh Republik Indonesia, delegasi Media, wakil Organisasi-organisasi setempat termasuk Badan Korporat, institusi pendidikan, serta umum.
Sementara itu, e-delegasi dari Negeri Selangor terdiri dari 8 produk wisata Negeri Selangor, yaitu Pusat Borong GM Klang, Sky Mirror Kuala Selangor, Sunway Resort Hotel, Sunway Lagoon, Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), Management & Science University (MSU), Malindo Air, dan Malaysian Inbound Tourism Association (MITA).
Konsul Pelancongan Malaysia di Medan atau yang lebih dikenal dengan Direktur Tourism Malaysia Medan, Hishamuddin Mustafa, membuka sesi webinar dengan penuh semangat, memperkenalkan Selangor sebagai sebuah negeri yang paling maju di Malaysia yang mempunyai infrastruktur terbaik seperti lebuh raya dan pengangkutan.
Banyak tempat terkenal yang senantiasa dikunjungi pelancong seperti Sunway Pyramid di Petaling Jaya yang merupakan pusat membeli-belah dan hiburan pertama di Malaysia, GM Klang Wholesale yang adalah pusat borong terbesar di Malaysia, Masjid terbesar di Malaysia dan terbesar kedua di Asia Tenggara Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dan Muzium Orang Asli.
Tourism Selangor sendiri merupakan badan promosi pelancongan resmi Negeri Selangor yang diberi kehormatan untuk mewujudkan kunjungan wisatawan domestik dan internasional ke Selangor, Malaysia dengan meningkatkan profil negeri. Tourism Selangor telah melakukan banyak inisiatif yang meliputi mengatur acara lokal dan internasional, kempen dan roadshow, hingga menjelajah ke dalam beberapa misi perdagangan pelancongan luar negeri (overseas tourism trade).
Pengurus Besar Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad mengatakan, “Sesi Webinar pada siang ini merupakan satu usaha baik yang dijalankan untuk meneruskan program-program promosi wisata Negeri Selangor bagi mengalu-alukan kedatangan turis dari Indonesia setelah pintu sempadan dibuka kelak. Sesi ini turut memberikan maklumat dan informasi berkenaan keadaan semasa produk-produk wisata Negeri Selangor yang masih mampan langsung untuk menerima turis khususnya dari Indonesia bila krisis Covid-19 semakin reda”.
Di kesempatan tersebut, Azrul Shah turut memperkenalkan kampanye “Splendid Selangor; Take Me Anywhere” yang memberi fokus kepada pasaran wisata antarabangsa. “Cogan kata ‘Splendid Selangor’ jelas merujuk kepada sebuah pengalaman penuh mengujakan yang menanti para turis di Negeri Selangor.
Para turis juga bisa meramaikan kempen ini dengan mengunakan hashtag #SplendidSelangor dan #TakeMeAnywhere pada posting media sosial mereka berkenaan produk wisata Negeri Selangor, mahupun pengalaman mereka menerokai Negeri ini pada masa akan datang”, Ujar Azrul Shah. [KM-01]